Thursday, 22 December 2016

tatapan untuk mereka yang bergelar maintenance.

Ramai yang ketahui bahawa bekerja sebagai maintenance adalah satu pekerjaan yang merhubung kait dengan kerja yang merbahaya. tapi masih ramai yang bergelar sebagai maintenance mengambil kerja mudah untuk melakukan setiap tugasan. perkara yang paling mudah adalah lock out tag out(LOTO). apa itu sistem log out tag out. dan berapa yang tahu untuk kegunaan nya? Mari kita sama-sama saksikan kisah yang akan saya bawakan ini untuk pengajaran dan peringatan kepada mereka yang bergelar maintenance. Dalam video ini pelbagai kisah berkaitan dunia maintenance dan paling diragui adalah hidden hazard. iaitu hazarad yang tersembunyi. sudahkan anda memastikan tiada hazard yang tersembunyi sebelum melakukan tugasan anda? tepuk dada tanya lah diri anda.

layan video cara kerja selamat

utamakan keselamatan adalah tanggungjawab bersama. dalam filem ini menunjukkan bertapa pentingnya kerja secara selamat demi orang yang tercinta.

Thursday, 15 December 2016

UNSAFE CONDITION

Apa itu unsafe condition???? Pasti ramai yang tertanya-tanya apa itu unsafe condition. Unsafe condition adalah merupakan keadaan tempat kerja yang tidak selamat atau dengan bahasa mudah penydiaan keselamatan ditempat kerja oleh pihak majikan. kebanyakkan majikan mengambil cara yang mudah untuk pekerja melakukan tugas harian mereka. tapi dimanakah keselamatan yang sepatutnya mereka utamakan kepada pekerja mereka?
Pelbagai alasan yang akan dapat kita dengar oleh pihak majikan apabila pekerja menyuarakan akan keselamatan mereka ketika bekerja. ada juga pihak majikan yang tidak ambil peduli tentang keselamatan pekerja mereka dan yang paling kerap didengari apabila pihak majikan menyatakan mereka lebih fasih akan hal-hal keselamatan dan undang-undang. sedangkan mereka tiada latar belakang mengenai keselamatan ini. Sila hayati paparan video ini untuk lebih mengetahui apa itu unsafe condition sebelum saya melangkah lebih jauh lagi. Kebiasaan terjadi unsafe condition ini juga ada masanya tidak juga bleh dipersalahkan kepada pihak majikan juga. ada masanya boleh disalahkan kepada pihak pekerja. contoh paling mudah apabila seorang pekerja mengetahui keadaan tempat kerja mereka ada tempat-tempat yang boleh mengundang bahaya tapi mereka tidak memaklumkan kepada pihak majikan. jadi disini pekerja juga adalah salah satu pemerhati kepada pihak majikan untuk membenteras keadaan merbahaya ini.

Tuesday, 6 December 2016

Marilah patuhi undang-undang jalanraya

Kebanyakkan pengguna kereta berjenama mewah ini adalah dari golongan yang berada. Ada yang berilmu tinggi ada yang berasal dari keluar yang mewah. Tapi pernahkah mereka pengguna kerta mewah ini terfikir akan keselamatan diri sendiri dan juga pengguna jalanraya yang lain? Mari kita sama-sama renungkan. Kejadian terjadi pada diri saya sendiri beberapa bulan yang lepas di Kuala Lumpur. Sedang saya membawa ahli keluarga saya yang tersayang dar Johor ke Cheras. Sampai di kawasan lebuh raya sebelum memasuki Plaza Tol Sg Besi sebuah kenderaan berjenama mewah membelok untuk ke RNR berhampiran dari lorong ketiga terus ke jalan keluar RNR tersebut. Disebabkan kejadian itu saya satu keluarga mengalami kemalangan. Walau pun tidak seberapa tapi kami dari keluarga yang sederhana pada kami kenderaan yang kami naiki adalah satu-satunya kenderaan yang kami ada. Akibat kejadian itu anak saya yang berumur 2 tahun mengalami luka dikepala akibat dari kemalangan itu. Anak yang berumur 2 bulan luka dikepala dan isteri saya mengalami keretakan dibahagian bahu kiri.
AKIBAT KETIDAK SEDARAN PENGGUNA JALANRAYA INI LAH AKIBAT YANG AKAN BERLAKU.
Kejadian ini berlaku pada keluarga saya sendiri. Jadi marilah kita renung-renungkan wahai pengguna jalanraya. Kami yang menggunakan kenderaan yang hanya sekadar kemampuan kami ini tidak seberapa mampu seperti tuan-tuan semua. Pada kami kenderaan kami adalah seperti keluarga kami yang kami jaga dengan baik. Sakit nya kenderaankami maka sakit lah kami. Tapi bagi mereka yang menggunakan kenderaan mewah tidak mengapa rasanya. kereta rosak mungkin senang hantar bengkel baiki. Tapi bagi kami?????? Nak repair pun tunggu hujung bulan.
Akhir sekali saya amat berharap jalan raya adalah untuk semua pengguna. Tolonglah patuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Pihak JPJ yang menggendalikan undang-undang jalanraya kita. Untuk belok atau memotong tolonglah pada semuap embaca untuk memberikan lampu isyarat. Lampu isyarat yang berada di kereta anda bukanlah hanya sekadar perhiasan. Lampu isyarat itu adalah keselamatan untuk pengguna kenderaan itu sendiri dalam masa yang sama untuk memudahkan pengguna-pengguna yang lain. Harapan saya marilah kita bersama mematuhi undang-undang jalanraya. Lampu isyarat itu amatlah penting dan lampu isyarat itu juga adalah penyelamat kepada pengguna-pengguna jalanraya yang lain.
Sekian.
(Harap pengguna-pengguna kereta mewah tidak terasa dengan nukilan saya ini yang terjadi kepada keluarga saya dan saya sendiri. Perkongsian ini adalah untuk manfaat bersama bukan untuk apa-apa tujuan.)

Saturday, 26 November 2016

Cara kerja selamat part 1

UNSAFE ACT yang dilakukan oleh pekerja. 


Kebanyakkan orang tidak faham akan kerja selamat di tempat kerja. tapi ada yang tahu bagaimana untuk kerja selamat ditempat kerja tapi diam membisu. untuk apa diam membisu dan tidak mahu berkongsi? mari kita kongsi bersama mengenai apa itu unsafe act.

unsafe act.
unsafe act adalah cara kerja yang pekerja lakukan ditempat kerja.cara-cara kerja yang tidak betul boleh mendatangkan kemalangan. contoh :
Contoh unsafe act yang kebanyakkan diambil mudah oleh pekerja

situasi.

pekerja sedang mengendalikan mesin bancuh tepung.

seorang rakan datang untuk bergura senda di kawasan bancuh.
ahmad : apa engkau ni asyk kerja je.(sambil mengeletik sahabat)

zulkifli : alah aku nak buat kerjalah.(sambil tepis sebelah tangan dan sebelah tangan mengendalikan mesin)

ahmad : jom lah kite pergi hisap rokok.

zulkifli : tak nak lah aku tengah bancuh ni.(sambil menggorek tepung dalam masa sama tidak mematikan mesin.)

ahmad : alah kejap je kite pergi hisap rokok.(sambil menepuk bahagian belakang rakan dengan kuat)

zulkifli : aduh tolonggggggg tangan aku masuk mesin.

ahmad : ?,,,,????!!!!!(tidak tahu hendak buat apa terus melarikan diri)

contoh unsafe act ditempat kerja. oleh itu saya amat berharap setiap rakan jangan lah kite bergurau sewaktu kita sedang bekerja. ini boleh mendatangkan bahaya dan juga boleh menyebabkan kehilangan nyawa sewaktu melakukan kerja.

ingat lah orang yang kite sayang. harap coretan saya ini tidak membosankan rakan-rakan semua.


peace yooooo...

Aktiviti kerja yang tidak selamat dan emudaratkan diri sendiri